Sejarah

SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH KM22 JALAN MUAR, 85200 JEMENTAH, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

 
MENU
Laman Utama
Pengenalan
Objektif
Sejarah
Organisasi
Lagu Sekolah
Pencapaian
Aktiviti
Galeri
Hubungi Kami
E - TIUSYEN
BULETIN
ONLINE AKHBAR
PAUTAN
Monday 26 May 2008
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1933. Tanah tapak sekolah ini seluas dua(2)ekar 0 rood tiga (3)pole, telah dihadiahkan oleh Allahyarham Encik Abdul Rahman bin Md Salleh, Naib Penghulu Mukim Jementah pada masa itu.
Bangunan asal ialah sebuah bangunan beratapkan rumbia, berdindingkan kulit kayu kepong, bertiangkan kayu bulat dan telah dibina secara gotong- royong.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Jementah dan merupakan sekolah yang pertama dibina di Mukim Jementah.



Dalam tahun 1936 sebuah bangunan batu telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan asal. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Dato' Abdullah B. Esa, Pesuruhjaya Kerajaan di Segamat pada ketika itu. Sebuah rumah guru juga telah dibina berhampiran dengannya.Dalam tahun 1951 sebuah bangunan tambahan (bangunan atap) telah didirikan oleh orang ramai secara gotong-royong. Dalam tahun 1953 sebuah bangunan tambahan (papan/ asbestos) telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan tambahan yang didirikan pada tahun 1951.



Dalam tahun 1981 sebuah bangunan baru dua tingkat berserta dengan kantin telah didirikan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato'Musa B. Hitam S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.S, D.U.N.M,S.P.N.S,B.S.I, P.I.S, S.P.D.K Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985.



PENGASAS SEKOLAH
Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada daya usaha individu yang berikut:
1. Allahyarham En. Abdul Kahar B. Abdul Rahman (Penghulu Mukim Jementah)
2. Allahyarham En. Abdul Rahman B. Mohd. Salleh (Naib Penghulu Mukim Jementah)
3. Allahyarham Sarjan Mustaffa (Ketua Balai Polis Jementah)
4. Tuan Haji Abdul Majid B. Abdul Jalil (Ketua Kg. Sg. Siput, Jementah)

LATAR BELAKANG SEKOLAH
Butir-butir bangunan sekolah:
1. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. 1 blok bangunan 3 tingkat, 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 bangunan kayu 1 tingkat.
2. Kemudahan bilik-bilik P&P dan bilik-bilik Sekolah ini dilengkapi dengan 12 buah kelas termasuk 1 buah Kelas Pendidikan Khas. Di samping itu, bilik-bilik khas terdiri daripada bilik- bilik pentadbiran, Bilik Mesyuarat/Bilik Gerakan, Pusat Sumber, Bilik Kemahiran Hidup,Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan dan Bilik Komputer.
3. Sekolah ini mempunyai 2 kelas untuk setiap tahap iaitu Mahsuri dan Malinja. Nama tersebut diambil berdasarkan lencana sekolah yang mempunyai lambang padi iaitu padi Malinja dan padi Mahsuri.

SENARAI GURU-GURU BESAR
NAMA TAHUN
. En. Mohamad B. Hj. Mahadi 1933-1938
. En. Abdul Aziz B. Md. Awi 1938-1950
• En. Abdul Manaf B. Abdul Rahman 1950-1955
• Tuan Hj. Arif B. Hj. Dualim 1956-1959
• En. Sani B. Taha 1959-1962
• Tuan Hj. Jalil B. Salim 1963-1969
• En. Othman B. Hj. Sahab 1969-1971
• En. Kasran B. Isnin 1971-1981
• Tn. Hj Mohd Saat B. Rasul 1983-1984
• En. Roslan B. Hj Daud 1984-1989
• En. Abd. Majid B. Madisan 1989-1994
• Tn. Hj Roslan B. Hj Daud 1994-1995
• En. A. Aziz B. Ishak 1995-1998
• En. Mustaffa B. Hassan 1998-1999
• Pn. Halizah Bt. Maarof 1999 hingga sekarang
posted by Admin @ 00:20   1 comments

*****

*****

© 2008 Sejarah by SKJ
@2008 Hakcipta Terpelihara. Laman web ini dibina & direka oleh WKL.